logo
 
 
   
 
 
 
 

news room
 
   
  From the Press Year 2009  
     
  grey Click here to view the original article  
     
 
Utusan Malaysia
Rabu 25 November 2009
 
     
  Pemenang Anugerah dan pusat rekreasi terbesar di Malaysia, 'Tropicana Golf & Country Resort' mengumumkan pembukaan Dewan Utama yang diubahsuai untuk kegunaan pelbagai acara.

TROPICANA GOLF & COUNTRY RESORT kini menawarkan pengalaman yang lebih mempersonakan kepada penduduk, ahli kelab dan tetamunya.

Dewan Utama di 'Tropicana Clubhouse' dan bilik butik pelbagai guna - 'Greens' I, II dan III telah melalui transformasi yang hebat dan kini memperlihatkan suasana yang menakjubkan sesuai untuk golongan korporat dan umum untuk menikmati sambil menggunakan teknologi terbaharu yang telah dipertingkatkan. Lanjutan dari pelbagai pengubahsuaian di pusat rekreasi itu yang telah diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Y. Bhg. Tan Sri Dato' Danny Tan Chee Sing pada tahun 2007. Beliau merupakan individu yang memperkenalkan gaya hidup "live, work, dine, play" kepada penduduk Tropicana yang serba mewah.

Herman Tan, Pengurus Besar Kanan Tropicana Golf & Country Resort berkata,"Objektifnya ialah untuk menaikkan taraf pusat tersebut yang telah berkhidmat kepada penduduk, ahli kelab dan tetamu sejak bulan Mac 1994. Dewan Utama yang berukuran 12,000 kaki persegi itu merupakan daya tarikan utama keseluruhan projek pengubahsuaian tersebut.

Pengubahsuaian dimulakan dengan 'Palms Wing' yang merupakan sayap baru bagi sajian makanan dan minuman yang menyenaraikan Restoran Itali 'Pimento', Restoran Jepun Traditional 'Momotalo Yakiniku', Restoran Perancis 'Cuisine Studio' dan 'Havana Bar, pool dan karaoke lounge'. Diikuti dengan bangunan dua tingkat yang menempatkan 'Kindyland the Kindergarten', 'Spring Garden Chinese Restaurant' yang baru diubah lokasinya dan pengubahsuaiannya, begitu juga 'Golf House' di 'Golf Wing'. Juga dipertingkatkan dan dinaiktaraf ialah 'Grand Foyer' dan 'Golf Registration' yang terletak di 'Sports Wing'.

Dewan Utama yang telah menelan belanja transformasi sebanyak RM5 juta juga menampilkan ruang yang luas dan diperindahkan dengan limpahan cahaya berteknologi tinggi serta dilengkapi sistem audio dan video terkini. Ruang dewan yang luas ini juga mengetengahkan warna-warna yang mempersonakan seperti kelabu, kehijauan, biru muda dan warna-warna yang berunsurkan alam semula jadi menyemarakkan sebarang acara. Siling setinggi 18 kaki dihiasi dengan 'chandelier' kristal yang mewah memberi sentuhan dramatik ketika berdansa kepada pengantin baru, perarakan pengantin, pelancaran produk mahupun upacara membuka tirai bagi mesyuarat korporat. Sehingga 900 tetamu bankuet boleh memenuhi ruang dewan ini bagi majlis persandingan dan perkahwinan untuk orang Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tempat letak kereta yang selamat dan mencukupi juga disediakan di persekitaran pusat tersebut. Dewan Utama itu juga boleh disesuaikan mengikuti citarasa sesuatu acara di mana ia boleh dipisahkan kepada tiga seksyen untuk menempatkan antara 100 hingga 300 tetamu. Sajian halal dihidangkan bagi semua acara yang bakal berlangsung.

Satu alasan unik untuk memilih 'Tropicana Grand Ballroom' bagi sebarang acara ialah keupayaannya menyediakan pelbagai sajian kegemaran antarabangsa seperti Cina, Jepun, Perancis mahupun sajian dari Itali. Meriahkan sebarang acara dengan seleksi unik sajian dari pelbagai negara di serata dunia.

'Tropicana Clubhouse' juga berbangga dengan bilik butik pelbagai guna yang lebih kecil seperti 'Greens I, II dan III' dengan transformasi yang tidak kurang hebatnya dengan mengenakan sentuhan warna-warna lembut seperti hijau, gangsa dan rubi. kesemua bilik dilengkapi dengan tv berskrin leper, limpahan cahaya berteknologi tinggi, sistem audio dan video, skrin projektor kekal dan sistem kawalan lampu serba canggih 'Martin SmartMAC moving heads' yang boleh dihalakan ke arah tetamu dan boleh mengeluarkan pelbagai tona cahaya untuk menyesuaikan mod sebarang acara dengan menggunakan alat kawalan berteknologi tinggi dengan satu sentuhan sahaja. Kemudahan internet tanpa wayar dan perpustakaan karaoke yang memuatkan 38,000 lagu dari 'Havana Bar' telah siap dipasang di semua bilik pelbagai guna dan restoran di pusat rekreasi itu. Ruang legar utama dan 'Golf Registration' yang terletak di 'Sports Wing' juga telah melalui inisiatif menaik taraf untuk menggamit penduduk dan tetamu yang sentiasa disanjungi.

"Kami menawarkan pengalaman 'Tropicana' yang mempersonakan apabila tetamu kami mengadakan acara-acara sosial atau profesional di dewan utama atau bilik butik pelbagai guna kami yang serba indah dan menakjubkan ini," ujar Encik Tan.

Selari dengan program perkembangannya, 'Tropicana' telah menyiapkan 10,000 kaki persegi 'Tropicana Grand Ballroom & Banquet' di Coliseum Square, Ipoh. Tetamu dan pengunjung boleh menyelenggarakan majlis perkahwinan berunsur kreatif, perjumpaan perniagaan atau sebarang acara di dewan serba baharu yang bersiling 21 kaki tinggi, dilengkapi dengan perhiasan warna-warna lembut keemasan, merah hati dan ivori, dengan muatan maksimum 800 tetamu. Pengunjung setia 'Tropicana' pasti akan berbesar hati apabila mendapat tahu bahawa 'Tropicana' akan membina lebih banyak dewan-dewan yang dilengkapi peralatan serba canggih di Lembah Klang dalam masa terdekat ini.

'Tropicana Golf & Country Club' beralamat di Jalan Kelab Tropicana, Petaling Jaya, 47410 Selangor Darul Ehsan. Unutk keterangan lanjut mengenai bankuet dan bilik mesyuarat persidangan, sila hubungi Bahagian Pemasaran & Bankuet di talian 03-7804 8888 (sambungan 105, 139, 141, 142 dan 155).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Serena Lim dari Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03-7710 1018 / 013-630 9086 atau Cik Wendy Lim di talian 03-7710 2010 (sambungan 271).