| |
Kosmo Hiburan!
Rabu Julai 25, 2007
Majlis Amal anjuran Jacsville dan Tropicana Golf & Country Resort
Islam Malaysia (PPIM), ia menjadikan jumlah kutipan yang diterima sebanyak RM15,000, satu jumlah yang agak besar untuk satu kutipan amal.
Presiden Jacsville, Kumaraguru berkata ini adalah antara aktiviti kelab peminat sering diadakan untuk mengeratkan hubungan peminat dengan penyanyi pujaan mereka di samping menyumbang kepada kanak-kanak ini.
Kebanyakan orang takut untuk menyentuh kanak-kanak ini sedangkan mereka perlukan kasih sayng yang mencukupi pada usaha yang begitu muda. |
|
| |
"Majlis ini berlangsung apabila saya ajukan idea ini kepada Jac dia terus bersetuju tanpa banyak soalan. Tambahan Jac memang suka pada kanak-kanak jadi kami amat berbesar hati menganjurkan majlis ini," katanya.
Malam itu bukan sahaja Jac yang membuat persembahan, malahan turut diserikan dengan persembahan daripada kanak-kanak Rumah Solehah mendendangkan lagu karya mereka sendiri yang sangat menyentuh hati.
Majlis berakhir tepat jam 10.30 malam dengan senyuman di bibir semua yang hadir dan juga kanak-kanak Rumah Solehah, tanda mereka berpuas hati dengan persembahan yang diberikan Jac.
Nyata Jac mampu menjadikan seorang penghibur yang hebat, kerana aksi bersahaja
daripadanya mampu mencuit hati, walau pun tetamu yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum.
|
|