logo
 
 
   
 
 
 
 

news room
 
   
  From the Press Year 2008  
     
  Click here to view original article  
     
 
Harian Metro
Jumaat 24 Oktober 2008

Hibur 150 anak yatim
 
     
 
CUBA RASA...jemputan mengambil juadah yang disediakan.
SERAH... Herman (kanan) dan Abdul Ghafar menyampaikan sumbangan kepada Mohd Danial Azrai Mohd Nizam ,11, dari PDK, Selayang.
 
     
  SERAMAI 150 anak yatim daripada tiga pertubuhan kebajikan diraikan pada majlis sambutan Aidilfitri Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) anjuran TGCR dengan kerjasama Harian Metro di Petaling Jaya, kelmarin.

Antara pertubuhan kebajikan yang diraikan ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selayang, Persatuan Perkhidmatan Social dan Pembangunan Komuniti Gombak serta House of Joy, Taman Kinrara, Puchong.

Hadir sama meraikan tetamu ialah Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail; Pengarang Bersekutu Metro Ahad, Johari Mohd; Pengarang Rencana Harian Metro, Roslan Ibrahim; Pengurus Besar TGCR, Herman Tan serta Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran TGCR, N Muthu.

Majlis Berkenaan diserikan lagi dengan kehadiran artis terkenal tanah air seperti Ika, Yana AF6 dan Farah Ashikin yang sama-sama memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri dan rumah terbuka itu.
 
     
 
MERIAH... anak yatim daripada tiga pertubuhan kebajikan berkumpul dalam majlis yang diadakan untuk meraikan mereka.
HIBUR...Ika AF6 menyampaikan beberapa lagu untuk menghiburkan tetamu.
 
RIANG... pengacara majlis melakukan aktiviti bersama pengunjung.